Sunday, September 19, 2010

Puisi: Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Merindui saat itu. Moga kita dapat berkumpul lagi seperti itu, di syurgaNya kelak. Engkau perkenankanlah ya Allah.
~pic Jaulah Pangkor '09

Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Sahabat
Ku lihat dirimu
Semakin jauh
Semakin jauh. . .



Sakit mata ini melihat
Ngilu telinga ini mendengar
Pilu hati ini untuk menerima
Kerana dirimu telah ku anggap sahabat
Dulu, kini, dan selamanya
Pedih terasa
Kerana tidak ku mahu kau terseksa di 'sana'
Ngeri jika hendak membayangkannya
Sebaliknya ku ingin sama-sama kita berpimpin ke syurga

Namun sahabat
Apakan daya
Aku seperti tidak mampu berbuat apa
Dirimu ku rasakan semakin jauh
Semakin jauh. . .
Terus-terusan hanyut pada sebuah tempat persinggahan bernama 'dunia'
Sedang aku amat menyedari
Diri ini juga tidak sekuat mana
Kadang tersadung
Ada kala tersungkur
Masih memerlukan tangan-tangan yang menghulur

Sahabat
Tujuan ku luahkan di sini
Tidak lain hanya atas ukhwah keimanan yang telah kita bina
Jalinan cinta yang berpaksi kepadaNya
Yang pernah mekar pada suatu ketika

Cuma
Satu pesan dariku
Fikirkanlah kembali tujuan hidupmu di 'sini'
Adakah hanya sekadar untuk berseronok saja?
Lalu kemudiannya diseksa dan diseksa di akhirat sana!?
 
Renung-renungkanlah sahabat...
Kerana sesungguhnya kau itu Dia cipta punyai makna

---
MF
maaf andai terkasar bicara
walauapapun
kau tetap dalam do'aku
sahabat
10|09|19

" Apa pun yang (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."
- Surah As-Syura (42): 36 - 

" Dan bersegeralah  kamu mencari keampunan dari Tuhan kamu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
- Surah Ali Imran (3): 133 -

" Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
- Surah Al-An'am (6): 162 -

. Sahabat, Aku lemah . Hold My HandKau Permata . Kembali sujud . Kosong .

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

14 comments:

.sYaFiQ. said...

bila kita dikurniakan hidayah..
jarang sekali menhargainya..
dan akhirnya ia meninggalkan begitu sahaja..
doakanlah sahabat itu agar ia kembali pada fitrahnya

MF said...

betul akh

bahkan kadang ada rsa benci pd hidayah mngkin? astagfirullah, ampunilah aku ya Allah

mmg ana doakn slalu..
ikhwah yg bsama, dn ikhwah yg sudah tdk bsama..

bg mrk yg msih bersama, itu lbih utama kita dipelihara kn.. kerana bla skali kptusn 'itu' dbuat, agk sukar utk kita mnasihat mrk lg.. (ke alasan smata?)

jzkk ya akh.. ^_^

Unknown said...

salam
meriahnya dalam gambar..sedih ni sajak..uncle baca pun teringat sahabat yg jauh di mata. masing2 bawa haluan..mengurus kerja dan anak2. Slmt hr raya..maaf jika ada salah silap ya.

Jamal Ali said...

Teringat...

Apakah aku seorang sahabat yang baik?

KD said...

hariz, afwan... ana x baca pn post ni.. tgk gamba je.. hehe... linguistik la antum... pandai buat sajak... haha..

sedut gamba ni.. ana punye copy dah ilang... antum nampak lain dalam gamba ni.. mungkin time tu blum taf cam skang kot.. hahah

uj said...

buka di IJ pun puisi sahabat... bila dtang sini pun puisi sahabat... mungkin dua dua puisi ni dah terjawab antara satu sama lain kan...

salam ukhuwah... terus bersahabat...

arekymz said...

assalam.
bile bace ni teringat kat diri sendiri.
teringat pada sahabat yg telah pergi selama Nya.
terase sedih ditinggalkan begitu cepat.
tapi tu semua takdir Nya.
Wallahua'lam.

MF said...

etuza,

Kalaulah msa itu bleh dputarkn kembali..
Nmun, psti ada hikmah, yg Dia lbih mengetahui..

Terima kasih uncle..
Selamat Hari Raya dan maaf zaihr batin juga dari saya.. ^_^

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Pada ana,
Enta sahabat yg cukup baik dan mengambil berat..

Terima kasih krn terima ana mnjadi sahabat enta.. ^_^

MF said...

ImanCo,

xpe2.. xdiwajibkan bca pun.. huhu

ana pndai mnulis? erm, bkn td kta xbca post ke.. hehe

antm dpersilakn utk menyedut gmba.. klu nk lg, dtg la bilik ana, ada byk lagi.. gmbar2 antm yg mmg (hensem) tu pn ada.. ^^

Lagenda = Legend?
Haha, kantoi.. ^_^

MF said...

UJ,

huhu.. sma pla dgn IJ..
tema puisi sma, tp rsa bbeza tujuannya..

Terima kasih UJ..

InshaAllah.. Moga2 hingga ke syurga hendaknya.. Aminn

Salam ukhwah.. ^_^

MF said...

Akim,

Wslm w.b.t.

Apa yg sy katakan, hnyalah takziah utk akim..

Doa-doakanlah yg tbaik utk sahabat akim tu..

Moga-moga Dia mndpt pngampunan dariNya, dn dtemptkn di kalangan mrk yg soleh.. Aminn

InshaAllah, Dia lebih Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya..

KD said...

dah abes bace dah... antum mmg ade capability utk menjadi penulis...

cube try..
mypersonality.info

MF said...

ImanCo,

Dh cba dh..
40% je linguistik.. Xde la tinggi pun.. huhu