Monday, December 6, 2010

Puisi: Tatkala teringatkan dia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Sungguh, peribadimu amat mulia. Sollu 'ala nabi.
~pic by SoulFlamer of deviantart

Tatkala terigatkan dia

Tatkala teringatkan dia
Aku jadi malu
Kesungguhan yang dia pamerkan
Pengorbanan yang dia lakukan
Sungguh, ia tidak punya tandingan
Tanpa mengharapkan sedikitpun dari kehidupan dunia
Semuanya kerana Allah, demi umatnya
Cukup membuat diri ini berasa kagum
 Suatu keindahan yang tidak mampu terungkap menggunakan kata-kata
Sedang aku?
Aku malu...
Mahu berkorban masih berkira-kira
Amat jauh daripada perjuangan baginda dan para sahabat yang sebenarnya

  Tatkala teringatkan dia
Hatiku terasa sebak
Perasaan yang tidak tertafsirkan menggelayuti diri
Akhlaq yang dia hidupkan
Hikmah yang dia praktikkan
Benar-benar menyentuh jiwa
Sampai ke hari ini masih dapat di rasa
Hanya dengan melihat peribadinya
Ramai yang tunduk, merendahkan ego mereka
Berserah diri pada yang Esa
Sedang aku?
Akhlaqku masih jauh dari mencontohinya
Peribadaku belum mampu memancarkan keindahan Islam pada umat manusia

Tatkala teringatkan dia
Hatiku luluh
Jiwaku berkecai
Rasa rindu memenuhi relung hati ini
Aku kepingin sekali berjumpa dengan dia
Aku mahu memeluk si dia
Mahu sekali ku nyatakan betapa aku hargai setiap titis pengorbanannya
Dia yang menjadi contoh terbaik kepada umat manusia
Dia yang memiliki budi pekerti yang sungguh mulia
Sungguh jiwa ini dirundum rindu
Namun
Aku kembali tertanya-tanya
Layakkah aku bertemu dengan si dia?
Aku yang hina dan berlumur dosa
Dibandingkan dia yang maksum dan berperibadi mulia
......
Yang ku mampu untuk terus berharap dan berdo'a kepadaNya
Berikanlah aku peluang bertemu dengan si dia yang ku cinta
Pada suatu masa, kelak di syurga

Ya Allah
Aku meminta kepadaMu
Dengan pinta yang sepenuh hati
Sampaikanlah setinggi-tinggi salam aku pada si dia
Muhammad bin Abdullah s.a.w. yang mulia
Kurniakanlah dia dengan sebaik-baik ganjaran
Tempatkanlah dia pada setinggi-tinggi tempat di sisiMu
Kerana sungguh ya Allah
Dia
Telah mempamerkan pengorbanan dan tauladan
Yang cukup agung
Tiada tolok bandingnya
Buat kami
Para umatnya

Salawat dan salam buatmu ya Habibullah!
Moga kelak kita dapat ketemu di syurgaNya

---
MF
T.T
tiba-tiba kerinduan menyengat diri...
mahu bersama-sama dengan mereka yang meneruskan perjuangan baginda
Kau izinkanlah ya Allah
sollu 'ala nabi
10|12|03

 Sumber rujukan / ilham:

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak (sempurna) beriman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
[HR. Bukhari dan Muslim]

" Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah Ali Imran, 3: 31]

" Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah."
[Surah Al-Ahzab, 33: 21]

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
[Surah Al-Ahzab, 33: 56]

3 comments:

Amin Baek said...

bila baca novel2 sirah,sering kali air mata menitis,tatkala membaca dan menghayati kerendahan hati baginda,keterbukaan baginda..subhanaallah..

bila bayang2 jika kita ditempt itu,pasti mcm2 perkataan dan pebuatan kita buat kerana marah..

subhanaallah..

dya adriza said...

tertarik dengan perenggan pertama. untuk berkorban sesuatu, terpaksa berfikir 2 3 kali, padahal berkorban untuk kebaikan..

Amin Baek said...

sudah la..
agaknya nta post je,ana trus baca kot.
tu cepat je..hehe